Related Posts with Thumbnails

Monday, December 07, 2009

Gambar Hari Ini

Thursday, November 19, 2009

Gambar Hari Ini



WASPADA DENGAN PRODUK DARI INDONESIA .....
siap boleh ada 1/2 (50%) halal lagi...

Mie Yabi

RASA AYAM + BABI

50% halal....... .

itu macam punya halal pun ada

Tuesday, November 17, 2009

Gambar Hari Ini

Monday, November 16, 2009

Gambar Hari Ini


Bermula hari ini, Teratak Sharp78 akan mewujudkan topik baru dan insya Allah akan diupdate setiap hari. Topik berkenaan diberi nama "Gambar hari ini". Isi topik ini hanyalah sekeping foto yang menceritakan sesuatu tanpa sebarang huraian dari saya. Anda sendiri yang tentukan apa yang anda fikirkan dengan menaip komen anda, kalau sudi la.



sumber : http://lawakjenaka.com/

Wednesday, November 11, 2009

KITA SENTIASA BERALASAN..!!

Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak 4 macam alasan dari 4 jenis golongan manusia iaitu;

1) Allah menolak alasan dari orang kaya kalau sekiranya ia berkata "kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh sendiri telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan, "kekayaanmu tidaklah setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa dari mengingati Aku"

2) Allah menolak alasan dari hamba sahaya sekiranya ia berkata "Aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu" Firman Allah kepadanya, "UtusanKu yang bernama Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula ia leka dari mengerjakan ibadatnya terhadapKu"

3) Allah menolak alasan dari orang miskin sekiranya ia berkata "kemiskinan dam kekurangan yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu" Firman Allah kepadanya "kemiskinan yang kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusanKu iaitu Nabi Isa a.s. dan ia tidaklah pula mengabaikan tanggungjawab kepadaKu"

4) Allah menolak alasan dari orang yang sedang menderita sakit sekiranya ia berkata " penyakit inilah yang menghalang aku dari melakukan sujud terhadapMu" Firman Allah kepadanya, "penyakitmu iti tidaklah seteruk seperti apa yang di alami oleh hambaKu yang mulia iaitu Nabi Ayub a.s. tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak berhenti dari menyebutkan akan namaKu"

Tuesday, October 20, 2009

CINTA; Apabila Fitrah Menjadi Anugerah...

CINTA Apabila Fitrah Menjadi Fitnah

Oleh: Pahrol Mohamad Juoi

Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, “cinta apa namanya jika tidak dating, perbualan telefon secara maraton, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?”
Remaja dan cinta- 2 perkara yang bagaikan sudah sebati. Kisah suka-duka cinta remaja sering menjadi ilham para penyair, lirik dan komposer, dan bait-bait puisi para penyair. Habis segala ciptaan Tuhan dijadikan lakaran metafora dan analogy percintaan. Embun, pelangi, salju, bulan dan bintang semuanya dijadikan lambang bagi memuja kekasih. Perubahan biologi dan psikologi remaja menyebabkan mereka menjadi peneroka cinta yang serba baru. Kekadang rasa cinta berputik lewat perkenalan dengan rakan sekelas, teman sepejabat atau cinta pandang pertama sewaktu sama-sama menunggu bas ketika hujan renyai-renyai. .aduss romatiknya!~

Apabila disebut cinta terbayang Romeo yang sanggup mati kerana Juliet, Cleopatra yang sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony, Uda yang bersanding dengan Dara di pusara atau Qais yang sanggup menjadi majnun kerana terpisah dengan Laila. Itulah deretan kisah cinta rekaan, namun realitinya juga tidak kurang hebatnya. Ramai remaja yang sanggup meninggalkan ibu dan ayah kerana mengikut kekasih hati. Malah ada yang sanggup menukar agama untuk mendapatkan cinta. Ah, manusia tanpa cinta agaknya seperti bumi tanpa mentari…begitulah agaknya..

Artikel selanjutnya...iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

Shared via AddThis

Tuesday, October 13, 2009

http://ow.ly/u4oM

http://ow.ly/u4oM

Shared via AddThis

Wednesday, September 09, 2009

PECUTAN TERAKHIR !


Kita sekarang akan memasuki fasa ketiga Ramadhan atau 10 akhir Ramadhan. Inilah waktu terbaik untuk kita muhasabah kembali sejauh mana kita gunakan masa di sepanjang hari di bulan Ramadhan kali ini.

Adakah kita telah semaksima mungkin berpesta ibadah atau bagaimana? Sama-samalah kita berdoa agar kita, ahli kerabat kita, sahabat-sahabat kita dan seluruh umat Islam mendapat rahmat Allah SWT.

Ya Allah, Kau berikanlah kami kekuatan luar biasa dengan Rahmat-Mu agar kami tidak menyesal lagi seperti Ramadhan yang lalu. Kau berikanlah kami kegagahan untuk beribadah dengan penuh kualiti. Kau redhailah hidup kami, keluarga kami, ibu bapa kami dan seluruh umat kekasih-Mu, Muhammad SAW. Kabulkan permintaan kami ini, hanya Engkau yang Maha Pemberi Rahmat.

Friday, September 04, 2009

Sujud yang merdeka



Walaupun sudah berlalu 4 hari tarikh keramat
31 Ogos, tarikh kemerdekaan Malaysia dari
Penjajah British. Tetapi apakah maksud kemerdekaan
sebenar? Demikian adalah sajak As Syahid Abdul Wahab
Azam seorang pejuang di Afganistan dan Palestine.




Sujud itu menundukkan dahi,
tetapi memuliakan manusia yang bertakbir kepada Allah
dan bertasbih kepadaNya
Si Jahil menyangkanya belenggu kepada hamba
Tetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu
Di dalam kemuliaan sujud,
semua akan tunduk kepada muslim yang sujud
Seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya
Wajah dan seluruh anggotanya diletakkan di muka bumi
Namun dirinya menggoncangkan gunung ganang
Meruntuhkan syirik
menjadi was-was di dalam diri si jahil
tetapi membangunkan segala generasi di dalam
ketenangan
kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi
lantaran kehebatan dan kebesaranNya
sujud kepada Allah dan mengesakanNya, lalu mantap dan
kuat
Terhapuslah setiap penzalim yang sombong
Barangsiapa menghayati sujud ini,
dia menikmati kepimpinan dan ketuanan
di muka bumi, dengan keagungannya, rahmat dan
keindahannya.

Wednesday, September 02, 2009

Apabila Ramadan Menjelma



Apabila Ramadan menjelma
Gastrik pun datang sama
Alasan kuat tak boleh puasa
Walaupun sebulan tapi tak kuasa
Yang kaya berpuasa diluar negara
Boleh makan tak ada penguatkuasa
Tradisi setengah pembesar negara
Mereka lupa Allah ada di mana-mana

Apabila Ramadan menjelma
Pasar Ramadan jadi tarikan semua
Boleh lihat kueh dan juadah berbuka
Semua kueh dan lauk sedap belaka
Seri muka karipap dan buah melaka
Ayam percik sambal udang gulai biji nangka
Semua sedap tapi pembaziran yang nyata
Mereka lupa pesan Allah taala

Apabila Ramadan menjelma
Yang sunah pula jadi utama
Yang wajib buat-buat alpa
Solat taraweh rajin ke musola
Solat subuh jemaah malas la
Mereka lupa ganjaran Allah taala

Apabila Ramadan menjelma
Sepatutnya kurang berbelanja
Lebih banyak infaq harta benda
Pasar Ramadan last agenda
Sebab bila kita asyik ke sana
Banyak benda kena jaga
Nafsu selera dan juga mata
Cucur badak dan cucur keria
Jangan lupa pesan Allahtaala

Keris Silau
(di petang Ramadan menunggu berbuka)
5 Ramadan/26 Ogos 2009

Tuesday, August 18, 2009

Puasa Simiskin. Kita Bagaimana?

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya
berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu
ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri
mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang
kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "

"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"

"Bapak pergi kerja..."

"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang
bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.

"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.

"Awak ada berapa orang adik-beradik? "

"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"

"Saya yang kelapan."

"Mana abang-abang kamu pergi?"

"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"

"Sama je makcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..."
Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.

Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"

"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".

"Bapak kerja apa?"

"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain
kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang
hantar.

Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di
simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu
kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan
sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.

Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat
kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam
ni..!".

Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia
memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka
berpeluang makan daging lembu sekali lagi.

Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku
datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari
itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.

Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:

Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah
seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah makcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu
boleh tahan sampai satu minggu?

Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,
dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang
yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan
merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia
lakukan setiap hari.

Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun
dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."

Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"

"Cuma RM3.00 sehari."

"Ayahnya bekerja macam mana"

"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan
mewah..

Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula
sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta
daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?

Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa
kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari
kita.


.........................................

Forwarded email from : Abu Hanifah

Thursday, August 06, 2009

MARAH KERANA CINTA, BUKAN KERANA BENCI…

Oleh: Pahrol Mohamad Juoi
Saya masih ingat sikap `unik' (aneh) sesetengah orang-orang tua kampung dulu-dulu. Ruang di bawah rumah mereka selalunya diperuntukkan untuk meletakkan barang usang yang `kurang' atau tidak perlu. Selalunya botol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk. Entah kenapa semua itu tidak dibuang. Hanya di letakkan begitu sahaja. Diguna tidak, dibuang pun tidak. Peliknya, apabila barang-barang `antik' itu hendak diambil oleh orang lain, cepat-cepat pula mereka melarangnya. Tak boleh – nak guna, sayang, dan macam-macam alasan.
Itulah sebuah analogi yang terlintas di fikiran bila saya ditanya tentang kemarahan umat Islam terhadap penyiaran karikatur menghina nabi Muhammad s.a.w oleh akhbar-akhbar Eropah khususnya Denmark.
"Encik tidak marah?" tanya seorang siswa sehabis sahaja majlis diskusi tentang topik berkenaan.
"Marah," akui saya perlahan.
"Tak cukup begitu sahaja. Esok kita berarak, bakar bendera Denmark!"
Saya senyum.
"Kita ada cara yang lebih baik. Ada senjata yang lebih hebat. Doa," balas saya.
"Kita kena tunjuk kemarahan kepada mereka yang menghina Rasul."
"Menunjukkan kecintaan kepada Rasul lebih utama."
"Marah itulah tanda kecintaan kita…"
"Betul. Tetapi membuktikan kecintaan dengan mengamalkan sunnahnya jauh lebih utama."
"Encik takut?"
Saya renung matanya.
"Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan lebih keberanian… Tentangannya lebih hebat. Bahkan daripada orang Islam sendiri," tusuk saya perlahan.
"Kita bakar bendera mereka!"
"Kita `bakar' cara hidup mereka. Itu lebih relevan."
Giliran dia pula yang diam. Mungkin siswa yang `terbakar' ini mula mengunyah maksud kiasan saya.
Lalu saya ceritakan analogi awal tadi. Alhamdulillah, dia mendengar teliti.
"Kita dengan sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang-barang usang di bawah rumah. Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali, tetapi bila ada orang lain nak mengambilnya, barulah heboh konon nak digunakan."
"Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan marah?"
"Demontrasi depan manusia. Depan Allah, kita berdoa. Kita muhasabah, sejauh mana kecintaan kita kepada Rasul-Nya. Mungkin provokasi Barat membawa pengajaran tersirat."
"Pengajaran tersirat?"
"Ya, tersirat dari Allah… agar kita menilai semula benar-benarkah kita mencintai sunnah Rasul-Nya selama ini."
"Kemarahan ummah inilah buktinya," ujarnya bersemangat.
"Kemarahan cuma bermusim. Hanya luapan sentimen berkala. Namun kegigihan, kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan jangka panjang amat perlu."
"Maksud encik?"
Jelas dia terpancing dengan kilasan dan kiasan kata-kata.
"Jangka panjang, sudahkah kita mendidik generasi muda mencintai Rasul dan keluarganya? Saya risau generasi muda yang mabuk hedonisme kini tidak akan punya kemarahan yang sama seperti yang saudara alami."
"Saya ada kawan-kawan sebaya yang hidupnya lintang pukang, tapi masih marah bila Rasulullullah dipersendakan. Mereka akan turut berarak esok!"
"Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?" tanya saya minta kepastian.
"Rock habis. Sembahyang tidak. Bergaul bebas biasalah… tapi cinta mereka terhadap Rasul tak luntur."
"Ajak mereka sembahyang dulu. Tak berarak pun tak apa. Cinta dulu, marah kemudian. Bila ada cinta, pasti ada marah bila kecintaan dicela. Tapi kalau marah saja, belum tentu ada cinta… "
Dia diam lagi. Kali ini diamnya lebih panjang.
"Agaknya orang tua tu marah tak kalau kita ambil barang-barang berharga di atas rumah?" tanyanya tiba-tiba.
"Orang tua mana?" tanya saya semula. Hairan.
"Orang tua dalam analogi encik tadi itulah!"
"Soalan tu kurang umph," gurau saya.
"Habis soalan apa yang umph?"
"Agaknya orang berani tak hendak minta barang di atas rumah? Berbanding barang usang di bawah rumah?" balas saya.
Termenung lagi dia. Seronok rasanya `membimbing' siswa ini berfikir. Terimbau luapan semangat saya sewaktu di kampus dulu. Beginilah pola berfikir saya. .
Tiba-tiba dia bersuara, "tentu tak berani, kerana barang di atas rumah tentu lebih berharga."
"Begitulah sunnah, jika dihayati, diamalkan dan diperjuangkan. Ia nampak sangat berharga di tangan pencintanya. Musuh tak kan berani mengusiknya, apalagi nak menghinanya…"
"Encik ni, tak sangka ke situ pula kiasannya."
"Kita orang Islam mesti menghormati diri sendiri terlebih dahulu, barulah orang lain akan menghargai kita. Justeru, jika kita marahkan musuh yang mengecam Rasul, marahkanlah juga diri kita yang tidak benar-benar mencintainya!"
"Dan… bukti cinta amalkan sunnah Rasul. Itulah cara paling berkesan mempamerkan `kemarahan' kepada musuh-musuh yang menghinanya."
Alhamdulillah, saya yakin, kini marahnya kerana cinta bukan kerana benci. Dominasi cintakan Rasul bukan emosi bencikan musuhnya!

dermawan2u

Thursday, July 30, 2009

10 KUNCI PERSAHABATAN YG BAIK..


1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.


2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiaporang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kuncipersahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress)menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baikakan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untukmelepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

8) Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

Friday, March 06, 2009

Aku dan Penulisan

Dah lama tak menulis, tetiba je rasa nak mencoret sesuatu. Mungkin sebagai titik permulaan untuk aktif menulis.

Melihat penulisan pelbagai blog, masing-masing dengan gaya penulisan yang tersendiri dan paling selesa bagi si blogger. Kekadang terfikir juga, apa bentuk penulisan yang paling pembaca minat? Apakah perlu ikut citarasa pembaca atau ikut citarasa penulis?

Dunia penulisan amat luas terbentang. Ada orang kata, tulislah sesuatu, ia akan jadi sejarah. Mungkin ada benarnya. Apa sahaja yang ditulis mungkin boleh jadi rujukan pada masa hadapan. Mungkin sesuatu catatan biasa pada pandangan kita, tapi karya agung pada masa depan. Tak mustahil! Jadi, tulis je la.....hehehe...