Related Posts with Thumbnails
Showing posts with label artikel menarik. Show all posts
Showing posts with label artikel menarik. Show all posts

Friday, June 04, 2010

Kepentingan Website Sendiri dalam Perniagaan Internet

 

Ramai diantara kita yang telah pun mencuba berbagai-bagai jenis perniagaan online, tetapi mereka telah mencuba bertahun tahun lamanya tetapi masih juga gagal.

Apakah punca kegagalan tersebut? Ramai yang menyalahkan perniagaan tersebut dan beranggapan ianya kurang sesuai, sama seperti saya satu ketika dulu. Sering bertukar-tukar bisnes untuk berjaya didalam dunia internet marketing.

Tetapi setelah mengkaji menggunakan konsep 7 habits highly effectif people, Dr Stephen R Covey, saya mula menyenaraikan nama nama orang yang hebat didalam dunia merketing. Saya mengkaji lebih kurang 10 nama orang yang hebat termasuk Robert Kiyosaki, Tissa, tim sibert dan berbagai lagi nama yang hebat.

Mengapa orang hebat ini menjadi hebat?

Cara mudah untuk mengkaji kehebatan mereka adalah dengan memerhatikan kesamaan mereka. Pada akhir kajian saya, saya dapati mereka ini mempunyai 3 sifat yang sama dan menguasainya.

3 Sifat Internet Marketer yang berkesan.

1. Mereka tahu membuat website mereka sendiri.

2. Mereka mempunyai autoresponder dan mahir menggunakan email kempen.

3. Mereka menggunakan konsep PERCUMA untuk marketing mereka.

Waktu saya didalam kegelapan didalam dunia internet, sering mencuba dan sering gagal. Saya berhenti sejenak. Dimana silapnya cara saya. Sudah berbagai produk dan program saya sertai dan cuba jual secara online tetapi tak pernah berjaya, duit pun habis, cari downline tak pernah nak dapat, akhirnya berbalik juga buat bisnes secara offline. Ada lah untung sedikit, tetapi apa bila dikira pula masa yang habis, duit yang habis pergi meeting sana sini, memang tak berbaloi.

Penat !!! Buat bisnes offline.

_______________________________________________

Bila saya bertapa dan mengkaji 3 sifat IM yang berkesan ini,  baru saya sedar yang saya selama ini telah mengikuti formula yang salah. Saya mula belajar membina website, saya mula belajar menggunakan autoresponder sendiri, belajar menulis email kempen sendiri, belajar buat website percuma sendiri dan mula sebarkan di dalam beberapa yahoo group.

Sekian lama saya menimba ilmu, beli ebook sana sini dan praktikkannya. Ilmu yang saya mungkin tidaklah banyak tapi boleh la dikongsi sesama sahabat yang baru menceburkan diri dalam dunia IM ini. Saya pasti hasilnya pasti memuaskan.

Saya ingin bersama anda mencipta kejayaan disaat duit akan datang  sendiri kelak. Ketika itu kita sudah tidak boleh mengelak lagi, kita terpaksa ambil duit dari internet walaupun kita buat-buat sudah tidak mahu lagi. Kita makan, duit masuk, kita tidur duit masuk, kita ke tandas, duit masuk, kita bercuti duit masuk, kita tak buat kerja pun duit masuk. Waktu itu barulah kita tahu bahawa itulah hasilnya penat lelahusaha yang telah dilakukan. Ungkapan ini mungkin selalu sangat anda dengar tapi inilah hakikat perniagaan internet.

Untuk belajar membuat website anda perlukan webhosting, tanpa webhosting tiada website, webhosting adalah tempat untuk menyiarkan website anda kepada umum, kalau tiada webhosting website anda tidak akan masuk kedalam internet.

Webhosting company tumbuh macam cendawan selepas hujan, dan salah satunya adalah GDI, dan saya memilih GDI kerana program affiliatenya yang menawarkan bonus lumayan.

Jadi sambil belajar buat website dan memerlukan webhosting, sambil2 tu boleh promote affiliate GDI, kalau ada orang join dapat jugak hasil. Tetapi kalau tiada affiliate pun saya MESTI menyewa tapak webhosting kalau tidak website saya tak masuk dalam internet.

Jadi saranan saya kepada semua, jika anda benar2 ingin menjana pendapatan melalui internet..

belajar buat website sendiri,
belajar buat website sendiri,

ini  juga yang dipesan oleh tok guru saya, saya sampaikan balik pada anda...

Dengan itu barulah anda mendapat kunci pertama untuk berjaya dalam bisnes online.

Jika tidak anda hanya akan jadi pengikut setiap masa. Mungkin anda fikif buat apa susah-susah nak buat website, promosikan sahaja la website  yang disediakan oleh compeni atau penganjur (website replicate).

Jika ini yang anda fikirkan, Anda kerugian yang sangat besar malah menguntungkan pihak penganjur.

Anda tidak mempunyai list pelawat kerana list pelawat akan masuk ke database

penganjur sedangkan list pelawat ini lah yang bakal memberikan anda wang untuk jangka masa panjang.. Percaya atau tidak anda akan gagal 99.99%.

Harus Difahami bahawa saya tawarkan sistem dan website saya. Anda edit dan jadikannya website anda di tapak hosting anda sendiri, dengan nama domain anda sendiri. Mailing List (melaui borang web form) pun akan masuk ke akaun anda sendiri.. ia sama sekali berbeza dengan sistem website replicate tau..
 
Oleh itu saya akan sentiasa ulang-ulang perkataan ini...iaitu BUAT WEBSITE ANDA SENDIRI!.

Saya akan rajin mengulangi perkataan ini kerana perkataan inilah yang bakal membezakan antara anda dan pengusaha internet yang lain..

Akhir sekali, dapatkan panduan buat web sendiri secara percuma di http://buatwebsendiri.awiniaga.com

Tuesday, May 11, 2010

MUDAHKAN TUGASAN ANDA......

Adakah anda salah seorang dari kategori di bawah ?

• Perseorangan


• Usahawan,

• Syarikat dan IKS

• Komuniti

• Syarikat MLM

• Agensi Insurans/Takaful

• Kedai makan/roti/kek

• Pusat-pusat servis

• Pusat-pusat jualan

• Stesen Minyak

• Agensi kerajaan

• Sekolah /PIBG

• Persatuan dan NGO

• Kolej/university

• Ahli politik-YB dan sebagainya

• Persatuan Penduduk / Mesjid dll

• Kafe Siber

• Kedai Handphone & Aksesori

• DAN PELBAGAI LAGI
 
Jika ada, saya syorkan anda miliki perisian yang akan memudahkan kerja-kerja anda....
 
Layari : http://bit.ly/mudahsaja
 

Thursday, May 06, 2010

Perutusan Pengerusi Aqsa Syarif (Mei 2010)



Tiada yang layak mendapat setinggi pujian melainkan Allah S.W.T. Kasih dan sayang kita kepada Allah menyebabkan kita memilih untuk mengikut syariat Nabi Mohammad S.A.W. Lantaran itu kita sentiasa mendoakan baginda, ahli keluarga baginda. Sahabat baginda dan pengikut baginda sehingga hari kiamat.



Kezaliman Yahudi masih berterusan. Mereka melepaskan gas beracun ke terowong-terowong penyelamat, satu tindakan yang langsung tidak boleh diterima akal yang waras. Apakah mereka mengaanggap saudara-saudara kita bagaikan tikus atau lipas yang layak untuk diperlakukan dengan sebegitu hina?



Namun bila merenung ayat yang saya percaya ramai yang telah menghafaznya, kita menereima hakikat semulajadi Yahudi. Allah telah menghukum mereka sedemikian rupa

“Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitan itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan Sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh Dengan melampau” ( ayat 4 surah al-Isra’)

Percayalah kezaliman yang mereka lakukan tidak berhenti setakat itu sahaja. Mereka akan bertindak lebih biadap apabila mereka semakin terdesak.



Allah telah mengatur percaturan hidup dengan penuh hikmah dan sebegitu seni. Surah al-Mulk yang menjadi wirid kita setiap malam, mengingatkan kehidupan ini bagaikan pentas ujian, siapakah yang paling elok amalannya di dunia ini.



Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat); (ayat 2 surah al-Mulk)



Rupa-rupanya kita dan saudara kita masyarakat Palestin sama-sama sedang diuji. Mereka diuji dengan kepayahan berhadapan dengan Yahudi. Kita pula diuji, sama ada untuk membantu atau memerhatikan sahaja, Atau lebih buruk untuk tidak mengambil tahu atau mengambi peduli.



Bayangkan suasana di Gaza yang sedang terkepung itu. Pada bila-bila masa boleh berlaku serangan dan letupan bom atau peluru berpandu. Disamping itu mereka juga terdedah kepada senjata pemusnah besar-besaran dan senjata yang diharamkan termasuk fosforus puteh yang amat mengazabkan bagi mangsa-mangsanya. Bayangkan apa yang tergambar dalam fikiran seorang kanak-kanak Palestin tentang masa depan mereka. Bandingkan pula dengan seorang kanak-kanak Malaysia yang gagal atau kecundang bukan kerana kepayahan hidup, tetapi kerana letih akibat kekenyangan.



Kedua-duanya masyarakat Malaysia mahupun masyarakat Palestin sedang diuji. Ketika saya ke perkhemahan Palestin samada di Jordan atau di Lubnan, saya melihat bangunan yang sempit dan berselirat dengan saluran air dan eletrik yang amat membahayakan keselamatan penghuni-penghuniny a. Saya, isteri dan sahabat-sahabat dari Yaman yang berada di sana sesak nafas kerana kekurangan oksijen. Bayangkan hampir 60 tahun mereka hidup dan anak-anak mereka dibesarkan dalam suasana begitu.



Di perkhemahan Palestin, selepasa mereka hidup penuh sengsara semata-mata untuk ‘survive’ dan membesarkan anak-anak sehingga tamat pengajian di mana-mana university di dalam atau di luar Lubnan, ketahuilah mereka kemudiannya menghadapi pula larangan untuk menjawat 70 jenis pekerjaan di Lubnan.



Atas alasan kepentingan rakyat Lubnan, kerajaan Lubnan melarang warga Palestin untuk bekerja sebagai, doktor, jurutera, peguam dan 63 pekerjaan lainnya. Mereka tidak boleh memiliki tanah dan bangunan, tidak boleh memiliki syarikat perniagaan. Mereka tidak dibenarkan berkahwin dengan penduduk setempat. Kalau curi-curi berkahwin juga, anak-anak mereka tidak berhak untuk mewarisi harta peninggalan.



Namun bangsa yang diuji Allah ini tahan lasak. Bila bertemu dan ditanyakan mereka dari mana? Mereka dengan penuh rasa kemuliaan mengatakan “saya warga paletin” yang tinggal samada di Lubnan atau Jordan atau Syria.



Saya tidak berhasrat untuk mengulas kejahatan Yahudi, kerana itulah sifat dan perangai semulajadi mereka seperti yang ditegaskan oleh al-Quran. AQSA SYARIF lebih berminat untuk membentang agenda amal kepada warga Malaysia supaya mereka melepasi ujian membantu saudara mereka dari warga Palestin.



Harta dan rezeki atau gaji yang Allah berikan setiap bulan kepada kita, sebenarnya ada hak mereka didalamnya. AQSA SYARIF membuka peluang untuk membantu anak-anak yatim dan keluarga miskin dari kalangan warga Palestin. Hari ini AQSA SYARIF mencapai sasaran 100 penajaan anak-anak yatim dari Palestin. Tahniah kepada warga Malaysia yang pemurah. Ini memberikan dorongan kepada AQSA SYARIF untuk terus membuka ruang amal bagi menetapkan sasaran berikutnya iaitu 200 anak yatim lagi.



Teruskan kempen kepada sesiapa sahaja yang anda temui untuk membantu anak-anak yatim yang merupakan masa depan bumi Palestin, Mereka hilang tempat pergantungan , hilang ayah untuk menjalani kehidupan penuh pancaroba di bawah penindasan dan kezaliman Yahudi Zionis..



Perancangan seterusnya ialah AQSA SYARIF sedang membuka projek menampung keluarga miskin di Palestin. Keluarga miskin ini ditinggalkan oleh suami atau ayah yang direnggut dari keluarga mereka oleh egim Zionis Israel dan dipenjarakan sehingga bertahun-tahun lamanya. Bahkan ada yang dijatuhkan hukuman penjara sehingga ratusan tahun. Akibatnya keluarga mereka terbiar tanpa pembelaan. Tanpa bantuan dan sokongan rakyat Malaysia, perjuangan mempertahankan Masjidil Aqsa dan bumi Palestin yang diterajui oleh rakyat Palestin yang kini menderita akan terjejas. Oleh kerana itu seruan untuk membantu anak yatim dan keluarga miskin ini adalah seruan jihad yang tidak boleh diabaikan oleh umat Islam yang sedar tanggungjawab mereka untuk membela Masjid al-Aqsa dan membebaskan bumi suci Baitul Maqdis.



Aqsa Syarif membuka peluang ini kepada semua dengan sumbangan serendah USD10 untuk sekurang-kurangnya sebulan, untuk satu unit sesaham sumbangan bagi memenuhi satu lot sumbangan buat keluarga miskin yang memerlukan dari USD500 sehingga USD800 bagi menjalani kehidupan yang serba sederhana. Jumlah sebanyak hanya USD10 sebulan adalah amat rendah. Dengan cara berpakat dan berkongsi menaja sebuah keluarga miskin kita boleh menebus ketidakhdiran kita di sana untuk membantu mereka.



AQSA SYARIF membuka peluang ini kepada anda. Hebahkanlah kepada semua demi Masjidil Aqsa dan demi saudara kita di Palestin. AQSA SYARIF berpegang teguh dengan prinsipnya “satu ringgit yang disumbangkankan satu ringgit akan sampai ke Palestin”



Wassalam

Ust. Hasanuddin Mohd Yunus

Pengerusi

Aqsa Syarif Berhad

Wednesday, November 11, 2009

KITA SENTIASA BERALASAN..!!

Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak 4 macam alasan dari 4 jenis golongan manusia iaitu;

1) Allah menolak alasan dari orang kaya kalau sekiranya ia berkata "kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh sendiri telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan, "kekayaanmu tidaklah setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa dari mengingati Aku"

2) Allah menolak alasan dari hamba sahaya sekiranya ia berkata "Aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu" Firman Allah kepadanya, "UtusanKu yang bernama Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula ia leka dari mengerjakan ibadatnya terhadapKu"

3) Allah menolak alasan dari orang miskin sekiranya ia berkata "kemiskinan dam kekurangan yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu" Firman Allah kepadanya "kemiskinan yang kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusanKu iaitu Nabi Isa a.s. dan ia tidaklah pula mengabaikan tanggungjawab kepadaKu"

4) Allah menolak alasan dari orang yang sedang menderita sakit sekiranya ia berkata " penyakit inilah yang menghalang aku dari melakukan sujud terhadapMu" Firman Allah kepadanya, "penyakitmu iti tidaklah seteruk seperti apa yang di alami oleh hambaKu yang mulia iaitu Nabi Ayub a.s. tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak berhenti dari menyebutkan akan namaKu"

Tuesday, October 20, 2009

CINTA; Apabila Fitrah Menjadi Anugerah...

CINTA Apabila Fitrah Menjadi Fitnah

Oleh: Pahrol Mohamad Juoi

Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, “cinta apa namanya jika tidak dating, perbualan telefon secara maraton, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman?”
Remaja dan cinta- 2 perkara yang bagaikan sudah sebati. Kisah suka-duka cinta remaja sering menjadi ilham para penyair, lirik dan komposer, dan bait-bait puisi para penyair. Habis segala ciptaan Tuhan dijadikan lakaran metafora dan analogy percintaan. Embun, pelangi, salju, bulan dan bintang semuanya dijadikan lambang bagi memuja kekasih. Perubahan biologi dan psikologi remaja menyebabkan mereka menjadi peneroka cinta yang serba baru. Kekadang rasa cinta berputik lewat perkenalan dengan rakan sekelas, teman sepejabat atau cinta pandang pertama sewaktu sama-sama menunggu bas ketika hujan renyai-renyai. .aduss romatiknya!~

Apabila disebut cinta terbayang Romeo yang sanggup mati kerana Juliet, Cleopatra yang sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony, Uda yang bersanding dengan Dara di pusara atau Qais yang sanggup menjadi majnun kerana terpisah dengan Laila. Itulah deretan kisah cinta rekaan, namun realitinya juga tidak kurang hebatnya. Ramai remaja yang sanggup meninggalkan ibu dan ayah kerana mengikut kekasih hati. Malah ada yang sanggup menukar agama untuk mendapatkan cinta. Ah, manusia tanpa cinta agaknya seperti bumi tanpa mentari…begitulah agaknya..

Artikel selanjutnya...iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

Shared via AddThis

Friday, September 04, 2009

Sujud yang merdeka



Walaupun sudah berlalu 4 hari tarikh keramat
31 Ogos, tarikh kemerdekaan Malaysia dari
Penjajah British. Tetapi apakah maksud kemerdekaan
sebenar? Demikian adalah sajak As Syahid Abdul Wahab
Azam seorang pejuang di Afganistan dan Palestine.




Sujud itu menundukkan dahi,
tetapi memuliakan manusia yang bertakbir kepada Allah
dan bertasbih kepadaNya
Si Jahil menyangkanya belenggu kepada hamba
Tetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu
Di dalam kemuliaan sujud,
semua akan tunduk kepada muslim yang sujud
Seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya
Wajah dan seluruh anggotanya diletakkan di muka bumi
Namun dirinya menggoncangkan gunung ganang
Meruntuhkan syirik
menjadi was-was di dalam diri si jahil
tetapi membangunkan segala generasi di dalam
ketenangan
kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi
lantaran kehebatan dan kebesaranNya
sujud kepada Allah dan mengesakanNya, lalu mantap dan
kuat
Terhapuslah setiap penzalim yang sombong
Barangsiapa menghayati sujud ini,
dia menikmati kepimpinan dan ketuanan
di muka bumi, dengan keagungannya, rahmat dan
keindahannya.

Tuesday, August 18, 2009

Puasa Simiskin. Kita Bagaimana?

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya
berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu
ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri
mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang
kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "

"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"

"Bapak pergi kerja..."

"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang
bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.

"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.

"Awak ada berapa orang adik-beradik? "

"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"

"Saya yang kelapan."

"Mana abang-abang kamu pergi?"

"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"

"Sama je makcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..."
Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.

Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"

"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".

"Bapak kerja apa?"

"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain
kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang
hantar.

Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di
simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu
kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan
sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.

Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat
kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam
ni..!".

Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia
memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka
berpeluang makan daging lembu sekali lagi.

Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku
datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari
itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.

Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:

Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah
seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah makcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu
boleh tahan sampai satu minggu?

Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,
dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang
yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan
merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia
lakukan setiap hari.

Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun
dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."

Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"

"Cuma RM3.00 sehari."

"Ayahnya bekerja macam mana"

"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan
mewah..

Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula
sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta
daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"?

Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa
kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari
kita.


.........................................

Forwarded email from : Abu Hanifah

Thursday, July 30, 2009

10 KUNCI PERSAHABATAN YG BAIK..


1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.


2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiaporang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kuncipersahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress)menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baikakan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untukmelepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

8) Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

Tuesday, October 11, 2005

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- pintu marah
-cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
-bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i'la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
-Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
-Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
-Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
-Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
-Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
-Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya
halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

Saturday, June 25, 2005

Lelaki Acuan al-Quran

=============================================================
Tajuk :lelaki acuan al-Quran
Artikel ini diambil dari koleksi artikel myMasjid :
http://wwwmymasjid.com.my/article/show.asp?id=1997
=============================================================
lelaki acuan Al-Quran.

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang
Beriman,
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah
SWT,

Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu,
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala,
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya,
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar,
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu,

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga
Tuturkatanya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang
Dimilikinya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang
Dicarinya,
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana
Sifatnya, Yang Pelindung Yang Mempunyai
Ramai
Kawan, Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang
Bersifat Jembalang,

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang
Menghormati Ibubapanya,
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang
Tua Dan Keluarga,
Yang Bakal Menjaga Keharmonian
Rumahtangga,
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri
Mendalami Agama Islam,
Yang Mengamalkan Hidup Penuh
Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara
Menunggu Akhirat,

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk
Agamanya,
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan
Mencontohi Sifat Rasulullah SAW,
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara,
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan
Rahmat Allah Ke Atasnya,

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah
Membazirkan Masa,
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca,
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan
Berzikir,
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan,
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan
Kecerdasan,
Kerana Sehari Lagi.....Usianya Bertambah Penuh
Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati,
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang
Akhirat,
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan
Dijaga Meneruskan,
Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian,

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah,
Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan
Buai an Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga,
Di Situlah Rumah Impiannya,
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.



Oleh :sobariah
http://wwwmymasjid.com.my/article/show.asp?id=1997

myMasjid:Mengembalikan kegemilangan Masjid

Wednesday, June 22, 2005

Sedihnya Menjadi Perokok PASIF

Nukilan : "Rozmal bin Malakan" . Penulis aktif menulis di forum-forum pembaca di akhbar-akhbar utama Malaysia.

Sedihnya Menjadi Perokok PASIF

Siapa dia perokok pasif ? Perokok pasif ialah mereka
yang tidak langsung menghisap rokok tetapi berada di
kalangan para perokok. Perokok pasif tidak merokok
tetapi boleh menerima kesan kesihatan lebih buruk
daripada para perokok akibat dari rokok yang dibakar.
Para perokok pasif ini boleh dikatakan tidak punya
pilihan, selain harus turut "menelan" asap rokok yang
dinikmati para perokok.

Menurut kajian kesihatan, asap rokok yang terpaksa
dihisap perokok pasif kandungan bahan kimianya lebih
tinggi dibandingkan dengan asap rokok utama. Hal ini
disebabkan tembakau terbakar pada suhu lebih rendah
ketika rokok sedang dihisap. Ini membuatkan pembakaran
menjadi kurang lengkap dan mengeluarkan banyak bahan
kimia.

Asap rokok mengandungi sekitar 4,000 bahan kimia, 43
di antaranya jelas bersifat karsinogen (penyebab
kanser). Pengaruh asap rokok pada perokok pasif itu
tiga kali lebih buruk daripada debu batu bata.

Perangkaan WHO menyatakan hampir sekitar 700 juta anak
atau sekitar setengah dari seluruh anak di dunia ini
terpaksa menghisap udara yang dicemari asap rokok.
Ironisnya, hal itu justeru terjadi lebih banyak di
dalam rumah mereka sendiri.

Ada beberapa penyakit yang boleh berlaku ’hanya’
kerana anda menjadi perokok pasif. Misalnya infeksi
paru-paru dan telinga, gangguan pertumbuhan paru-paru,
atau bahkan dapat menyebabkan kanser paru-paru.

Penelitian yang pernah dilakukan di Amerika Syarikat
menunjukkan kematian akibat asap rokok pada perokok
pasif lebih tinggi dibandingkan dengan kematian sebab
pencemaran udara lainnya. Risiko terjadinya kanser
paru-paru di kalangan perokok pasif yang tinggal
serumah atau sepejabat dengan perokok lebih tinggi
daripada mereka yang tinggal bersama bukan perokok.

Kemungkinan terjadinya kanser paru-paru pada perempuan
yang suaminya perokok sekitar 20 sampai 30 peratus
lebih tinggi dibandingkan dengan mereka yang
pasangannya tidak merokok.

Di China bahkan disebutkan bahwa penyakit jantung
koroner pada perempuan yang suaminya perokok sekitar
24 peratus lebih tinggi dibandingkan dengan yang
suaminya tidak merokok. Angka ini meningkat sampai 85
peratus bila perempuan itu juga menjadi perokok pasif
di tempat kerjanya.

Merokok bukan hanya membuat penikmatnya tidak sihat,
tetapi juga merugikan keluarga dan kerabat sendiri.

Tuesday, June 21, 2005

Amalan Menguatkan Ingatan

Jawapan kepada soalan ini dijawab oleh Sheikh
Muhammad Saleh Al-Munajjid, seorang ulamak, pensyarah
dan penulis daripada Arab Saudi seperti yang dipetik
daripada IslamOnline.net

Soalan: Apakah amalan untuk menguatkan ingatan
mengikut Al-Quran dan Sunnah
Jawapan: Sifat lupa ialah sesuatu yang semulajadi
dalam diri manusia, lantaran itu manusia di sebut
Insan, sebab sifat pelupa ini. Selalunya, ia berbeza
antara seseorang dengan seseorang yang lain mengikut
perbezaan dalam kekuatan memori yang telah diciptakan
Allah untuk hambanya.

Pepatah Arab menyebut:
Dia dipanggil manusia (insan) sebab kelupaannya
(nisiyan)
Ia dipanggil hati (al-qalb) sebab ia cepat berubah
(yataqallab)

Sifat pelupa ialah sesuatu yang berbeza tahapnya
antara individu dengan individu yang lain. Antara cara
untuk mengatasinya ialah:

1. Jauhi daripada dosa
Dosa membawa kesan yang buruk kepada ingatan/memori
dan kemampuan untuk mengingati ilmu. Kehitaman dosa
tidak dapat wujud sekali dengan kecerahan ilmu.
Perkataan berikut diambil daripada Imam Syafie:
"Saya mengadu kepada guru saya, Wakee' mengenai
masalah ingatan saya. Dia memberitahu agar menjauhi
daripada dosa dan maksiat. Dia berkata: Ilmu Allah
adalah cahaya, dan cahaya tidak diberikan Allah kepada
pendosa."

Al-Khateeb menulis dalam Al-Jamie yang Yahya Ibn Yahya
berkata: "Seorang lelaki bertanya kepada Malik bin
Anas; Wahai Abu Abdullah, apakah yang dapat
memperbaiki ingatan saya?. Malik berkata: "Sekiranya
ada yang dapat memperbaikinya, maka ia adalah
menjauhkan diri daripada dosa".

Apabila seseorang membuat satu dosa, ia akan
menenggelamkan pelakunya dalam perasaan bimbang dan
bersalah, dan ini akan membuatnya sentiasa sibuk
memikirkan akan perbuatannya itu. Ini akan menariknya
daripada banyak perkara-perkara berfaedah, termasuk
mencari ilmu dan pengetahuan.



2. Selalulah mengingati Allah dengan berzikir dan
membaca Al-Quran. Allah berfirman "Dan ingatilah Tuhan
mu (Allah) ketika kamu terlupa" (Al-Kahf: 24)

3. Tidak makan terlalu banyak
Kerana makan terlalu banyak akan membuatkan seseorang
mengantuk dan malas selain menambahkan penyakit.
Kebanyakan daripada penyakit datang daripada makanan
dan minuman.

4. Makan kismis dan madu
Sesetengah ulama menyebut beberapa jenis makanan yang
dapat menambahkan ingatan seperti madu lebah dan
kismis.
Imama Az-Zuhri menyebut "Kamu patut mengambil madu
sebab ia baik untuk memori.....Barangsiapa ingin
menghafal hadith, ia patut memakan kismis"

Ada juga yang menyebut, mengambil banyak makanan yang
berasid adalah penyebab kepada kemalasan dan lemah
ingatan.

Sumber: Massej Online