Related Posts with Thumbnails
Showing posts with label marah. Show all posts
Showing posts with label marah. Show all posts

Thursday, August 06, 2009

MARAH KERANA CINTA, BUKAN KERANA BENCI…

Oleh: Pahrol Mohamad Juoi
Saya masih ingat sikap `unik' (aneh) sesetengah orang-orang tua kampung dulu-dulu. Ruang di bawah rumah mereka selalunya diperuntukkan untuk meletakkan barang usang yang `kurang' atau tidak perlu. Selalunya botol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk. Entah kenapa semua itu tidak dibuang. Hanya di letakkan begitu sahaja. Diguna tidak, dibuang pun tidak. Peliknya, apabila barang-barang `antik' itu hendak diambil oleh orang lain, cepat-cepat pula mereka melarangnya. Tak boleh – nak guna, sayang, dan macam-macam alasan.
Itulah sebuah analogi yang terlintas di fikiran bila saya ditanya tentang kemarahan umat Islam terhadap penyiaran karikatur menghina nabi Muhammad s.a.w oleh akhbar-akhbar Eropah khususnya Denmark.
"Encik tidak marah?" tanya seorang siswa sehabis sahaja majlis diskusi tentang topik berkenaan.
"Marah," akui saya perlahan.
"Tak cukup begitu sahaja. Esok kita berarak, bakar bendera Denmark!"
Saya senyum.
"Kita ada cara yang lebih baik. Ada senjata yang lebih hebat. Doa," balas saya.
"Kita kena tunjuk kemarahan kepada mereka yang menghina Rasul."
"Menunjukkan kecintaan kepada Rasul lebih utama."
"Marah itulah tanda kecintaan kita…"
"Betul. Tetapi membuktikan kecintaan dengan mengamalkan sunnahnya jauh lebih utama."
"Encik takut?"
Saya renung matanya.
"Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan lebih keberanian… Tentangannya lebih hebat. Bahkan daripada orang Islam sendiri," tusuk saya perlahan.
"Kita bakar bendera mereka!"
"Kita `bakar' cara hidup mereka. Itu lebih relevan."
Giliran dia pula yang diam. Mungkin siswa yang `terbakar' ini mula mengunyah maksud kiasan saya.
Lalu saya ceritakan analogi awal tadi. Alhamdulillah, dia mendengar teliti.
"Kita dengan sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang-barang usang di bawah rumah. Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali, tetapi bila ada orang lain nak mengambilnya, barulah heboh konon nak digunakan."
"Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan marah?"
"Demontrasi depan manusia. Depan Allah, kita berdoa. Kita muhasabah, sejauh mana kecintaan kita kepada Rasul-Nya. Mungkin provokasi Barat membawa pengajaran tersirat."
"Pengajaran tersirat?"
"Ya, tersirat dari Allah… agar kita menilai semula benar-benarkah kita mencintai sunnah Rasul-Nya selama ini."
"Kemarahan ummah inilah buktinya," ujarnya bersemangat.
"Kemarahan cuma bermusim. Hanya luapan sentimen berkala. Namun kegigihan, kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan jangka panjang amat perlu."
"Maksud encik?"
Jelas dia terpancing dengan kilasan dan kiasan kata-kata.
"Jangka panjang, sudahkah kita mendidik generasi muda mencintai Rasul dan keluarganya? Saya risau generasi muda yang mabuk hedonisme kini tidak akan punya kemarahan yang sama seperti yang saudara alami."
"Saya ada kawan-kawan sebaya yang hidupnya lintang pukang, tapi masih marah bila Rasulullullah dipersendakan. Mereka akan turut berarak esok!"
"Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?" tanya saya minta kepastian.
"Rock habis. Sembahyang tidak. Bergaul bebas biasalah… tapi cinta mereka terhadap Rasul tak luntur."
"Ajak mereka sembahyang dulu. Tak berarak pun tak apa. Cinta dulu, marah kemudian. Bila ada cinta, pasti ada marah bila kecintaan dicela. Tapi kalau marah saja, belum tentu ada cinta… "
Dia diam lagi. Kali ini diamnya lebih panjang.
"Agaknya orang tua tu marah tak kalau kita ambil barang-barang berharga di atas rumah?" tanyanya tiba-tiba.
"Orang tua mana?" tanya saya semula. Hairan.
"Orang tua dalam analogi encik tadi itulah!"
"Soalan tu kurang umph," gurau saya.
"Habis soalan apa yang umph?"
"Agaknya orang berani tak hendak minta barang di atas rumah? Berbanding barang usang di bawah rumah?" balas saya.
Termenung lagi dia. Seronok rasanya `membimbing' siswa ini berfikir. Terimbau luapan semangat saya sewaktu di kampus dulu. Beginilah pola berfikir saya. .
Tiba-tiba dia bersuara, "tentu tak berani, kerana barang di atas rumah tentu lebih berharga."
"Begitulah sunnah, jika dihayati, diamalkan dan diperjuangkan. Ia nampak sangat berharga di tangan pencintanya. Musuh tak kan berani mengusiknya, apalagi nak menghinanya…"
"Encik ni, tak sangka ke situ pula kiasannya."
"Kita orang Islam mesti menghormati diri sendiri terlebih dahulu, barulah orang lain akan menghargai kita. Justeru, jika kita marahkan musuh yang mengecam Rasul, marahkanlah juga diri kita yang tidak benar-benar mencintainya!"
"Dan… bukti cinta amalkan sunnah Rasul. Itulah cara paling berkesan mempamerkan `kemarahan' kepada musuh-musuh yang menghinanya."
Alhamdulillah, saya yakin, kini marahnya kerana cinta bukan kerana benci. Dominasi cintakan Rasul bukan emosi bencikan musuhnya!

dermawan2u

Wednesday, June 22, 2005

Sedihnya Menjadi Perokok PASIF

Nukilan : "Rozmal bin Malakan" . Penulis aktif menulis di forum-forum pembaca di akhbar-akhbar utama Malaysia.

Sedihnya Menjadi Perokok PASIF

Siapa dia perokok pasif ? Perokok pasif ialah mereka
yang tidak langsung menghisap rokok tetapi berada di
kalangan para perokok. Perokok pasif tidak merokok
tetapi boleh menerima kesan kesihatan lebih buruk
daripada para perokok akibat dari rokok yang dibakar.
Para perokok pasif ini boleh dikatakan tidak punya
pilihan, selain harus turut "menelan" asap rokok yang
dinikmati para perokok.

Menurut kajian kesihatan, asap rokok yang terpaksa
dihisap perokok pasif kandungan bahan kimianya lebih
tinggi dibandingkan dengan asap rokok utama. Hal ini
disebabkan tembakau terbakar pada suhu lebih rendah
ketika rokok sedang dihisap. Ini membuatkan pembakaran
menjadi kurang lengkap dan mengeluarkan banyak bahan
kimia.

Asap rokok mengandungi sekitar 4,000 bahan kimia, 43
di antaranya jelas bersifat karsinogen (penyebab
kanser). Pengaruh asap rokok pada perokok pasif itu
tiga kali lebih buruk daripada debu batu bata.

Perangkaan WHO menyatakan hampir sekitar 700 juta anak
atau sekitar setengah dari seluruh anak di dunia ini
terpaksa menghisap udara yang dicemari asap rokok.
Ironisnya, hal itu justeru terjadi lebih banyak di
dalam rumah mereka sendiri.

Ada beberapa penyakit yang boleh berlaku ’hanya’
kerana anda menjadi perokok pasif. Misalnya infeksi
paru-paru dan telinga, gangguan pertumbuhan paru-paru,
atau bahkan dapat menyebabkan kanser paru-paru.

Penelitian yang pernah dilakukan di Amerika Syarikat
menunjukkan kematian akibat asap rokok pada perokok
pasif lebih tinggi dibandingkan dengan kematian sebab
pencemaran udara lainnya. Risiko terjadinya kanser
paru-paru di kalangan perokok pasif yang tinggal
serumah atau sepejabat dengan perokok lebih tinggi
daripada mereka yang tinggal bersama bukan perokok.

Kemungkinan terjadinya kanser paru-paru pada perempuan
yang suaminya perokok sekitar 20 sampai 30 peratus
lebih tinggi dibandingkan dengan mereka yang
pasangannya tidak merokok.

Di China bahkan disebutkan bahwa penyakit jantung
koroner pada perempuan yang suaminya perokok sekitar
24 peratus lebih tinggi dibandingkan dengan yang
suaminya tidak merokok. Angka ini meningkat sampai 85
peratus bila perempuan itu juga menjadi perokok pasif
di tempat kerjanya.

Merokok bukan hanya membuat penikmatnya tidak sihat,
tetapi juga merugikan keluarga dan kerabat sendiri.