Related Posts with Thumbnails

Wednesday, September 09, 2009

PECUTAN TERAKHIR !


Kita sekarang akan memasuki fasa ketiga Ramadhan atau 10 akhir Ramadhan. Inilah waktu terbaik untuk kita muhasabah kembali sejauh mana kita gunakan masa di sepanjang hari di bulan Ramadhan kali ini.

Adakah kita telah semaksima mungkin berpesta ibadah atau bagaimana? Sama-samalah kita berdoa agar kita, ahli kerabat kita, sahabat-sahabat kita dan seluruh umat Islam mendapat rahmat Allah SWT.

Ya Allah, Kau berikanlah kami kekuatan luar biasa dengan Rahmat-Mu agar kami tidak menyesal lagi seperti Ramadhan yang lalu. Kau berikanlah kami kegagahan untuk beribadah dengan penuh kualiti. Kau redhailah hidup kami, keluarga kami, ibu bapa kami dan seluruh umat kekasih-Mu, Muhammad SAW. Kabulkan permintaan kami ini, hanya Engkau yang Maha Pemberi Rahmat.

Friday, September 04, 2009

Sujud yang merdeka



Walaupun sudah berlalu 4 hari tarikh keramat
31 Ogos, tarikh kemerdekaan Malaysia dari
Penjajah British. Tetapi apakah maksud kemerdekaan
sebenar? Demikian adalah sajak As Syahid Abdul Wahab
Azam seorang pejuang di Afganistan dan Palestine.




Sujud itu menundukkan dahi,
tetapi memuliakan manusia yang bertakbir kepada Allah
dan bertasbih kepadaNya
Si Jahil menyangkanya belenggu kepada hamba
Tetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu
Di dalam kemuliaan sujud,
semua akan tunduk kepada muslim yang sujud
Seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya
Wajah dan seluruh anggotanya diletakkan di muka bumi
Namun dirinya menggoncangkan gunung ganang
Meruntuhkan syirik
menjadi was-was di dalam diri si jahil
tetapi membangunkan segala generasi di dalam
ketenangan
kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi
lantaran kehebatan dan kebesaranNya
sujud kepada Allah dan mengesakanNya, lalu mantap dan
kuat
Terhapuslah setiap penzalim yang sombong
Barangsiapa menghayati sujud ini,
dia menikmati kepimpinan dan ketuanan
di muka bumi, dengan keagungannya, rahmat dan
keindahannya.

Wednesday, September 02, 2009

Apabila Ramadan Menjelma



Apabila Ramadan menjelma
Gastrik pun datang sama
Alasan kuat tak boleh puasa
Walaupun sebulan tapi tak kuasa
Yang kaya berpuasa diluar negara
Boleh makan tak ada penguatkuasa
Tradisi setengah pembesar negara
Mereka lupa Allah ada di mana-mana

Apabila Ramadan menjelma
Pasar Ramadan jadi tarikan semua
Boleh lihat kueh dan juadah berbuka
Semua kueh dan lauk sedap belaka
Seri muka karipap dan buah melaka
Ayam percik sambal udang gulai biji nangka
Semua sedap tapi pembaziran yang nyata
Mereka lupa pesan Allah taala

Apabila Ramadan menjelma
Yang sunah pula jadi utama
Yang wajib buat-buat alpa
Solat taraweh rajin ke musola
Solat subuh jemaah malas la
Mereka lupa ganjaran Allah taala

Apabila Ramadan menjelma
Sepatutnya kurang berbelanja
Lebih banyak infaq harta benda
Pasar Ramadan last agenda
Sebab bila kita asyik ke sana
Banyak benda kena jaga
Nafsu selera dan juga mata
Cucur badak dan cucur keria
Jangan lupa pesan Allahtaala

Keris Silau
(di petang Ramadan menunggu berbuka)
5 Ramadan/26 Ogos 2009