Related Posts with Thumbnails

Sunday, October 17, 2010

Promosi Terkini Imanz Collection !

Promosi terkini : 

Jualan Penghabisan Stok ! 
T-Shirt Muslimah dijual pada harga 
yang anda tak akan dapat di tempat lain. 

Tuesday, October 12, 2010

Maher Zain (RTM2, Hello On 2) 12102010

Thursday, August 05, 2010

6 Cara Blog Beri Anda Pendapatan

6 Cara Blog Beri Anda Pendapatan
www.iluvislam.com
Dihantar oleh : faizsufi
Editor : Raidah


Semasa tahun 90-an,dunia internet lebih ke arah messaging dan juga laman web. Tetapi mengikut peredaran masa,blog menjadi satu medium yang semakin meningkat naik dalam mencapai target yang dihajati oleh individu.

Ada yang ingin memberi maklumat kepada orang ramai,meluaskan pengaruh politik,membina jenama,menulis diari,berhubung dan membina jaringan,kembangkan perniagaan dan tidak kurang juga yang menjana wang dengan aktiviti blogging.

make money by blogging
get paid by blogging


Kini, pemilikan blog semakin menjadi mudah dengan menggunakan platform blogspot ataupun wordpress.Sesiapa sahaja mampu untuk memiliki blog,dari seorang pelajar sehinggalah ke pensyarah,dari pemandu teksi sehinggalah pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan raya Malaysia.
Adakah anda tahu,ramai yang menjana pendapatan pasif melalui blog masing-masing. Bloggers dari luar negara menjana tidak kurang dari RM4000 sebulan hanya melalui adsense sahaja. Err,apa itu adsense? Akan diterangkan pada perenggan seterusnya. Teruskan pembacaan anda...

Bagaimana blog menjadi sumber pendapatan yang lumayan buat pemiliknya? Sudah pasti dari sumber pengiklanan dalam sesebuah blog. Sumber pengiklanan ada dua,dari pihak ketiga mahupun pemilik blog itu sendiri yang meletakkan iklannya. Pihak luar akan membayar sejumlah nilai tertentu untuk beriklan dalam sesebuah blog. Sudah tentu kos pengiklanan itu ke kantung pemilik blog.

Pemilik blog pula boleh mendaftarkan diri untuk iklan adsense. Adsense adalah iklan yang disediakan oleh pihak Google untuk diletakkan dalam website masing-masing. Apabila ada klik terhadap iklan itu,maka pemilik blog akan mendapat hasil komisien.

money from google


Selain dari Google,antara syarikat pengiklanan pihak ketiga adalah seperti Nuffnang, Adbrite dan Mangga Adds. Mereka ini juga menyediakan iklan untuk pemilik web dan blog. Antara contoh iklan yang mudah dilihat adalah seperti banner iklan yang terdapat di dalam sesebuah blog. Iklan teks pun boleh dikira sebagai iklan.

Setiap blog,jika diperhatikan mempunyai tema yang tersendiri. Ada blog untuk aktiviti lasak,blog resepi,blog perniagaan,blog hobi,blog komuniti,blog pojok,blog politik,blog gosip artis dan sebagainya. Pendek kata,setiap blog ada profesion masing-masing. Katakan blog anda terkenal dalam niche tentang pendidikan. Anda boleh membuat review tentang sesuatu produk yang akan dilancarkan. Sebagai contoh,sebuah buku bertajuk " Teknik Belajar Berkesan" akan dilancarkan oleh sebuah syarikat. Anda boleh mengambil upah untuk mereview buku tersebut di blog anda. Tulis serba sedikit tentang buku itu untuk tatapan pembaca blog anda. Insyaallah,bayaran untuk sesuatu review tidak mengecewakan. Kalau tolong mempromosi lagi banyak yang akan anda dapat.

review untuk pendapatan


Anda boleh mereview apa sahaja produk yang bakal dilancarkan,sama ada perkhidmatan,produk fizikal/digital dan juga khidmat perseorangan.Asalkan anda rajin mencari peluang untuk mempromosi blog anda pada orang yang sepatutnya. Setelah terkenal,syarikat pula yang akan meminta khidmat review anda. Yakin dan pasti dengan blog anda.
Perkara ketiga bagaimana kita menjana wang dengan berblogging adalah dengan menyertai affiliates. Apa itu affiliates? maksud mudahnya,kita menjadi salesman untuk produk orang lain,dan mendapat komisien atas setiap jualan dari link web kita. Anda menyertai affiliates produk percintaan yang sedang hangat di pasaran,blog anda pula memang ditulis oleh seorang mat romeo..Wah,sudah pasti jualan dari link anda bertambah!. Anda hanya perlu menggunakan beberapa teknik mudah untuk mempromosi link anda itu di blog anda. Pasti tidak mengecewakan.Antaranya meletakkan banner produk affiliates anda,review untuk produk tersebut,dan promosi melalui feedburner anda.

money from affiliates


Page ranking juga boleh di sewa untuk pemilik blog yang lain mengambil faedah atas link exchange. Katakan sesuatu laman web tersebut memiliki laman web yang tinggi page ranknya,dia boleh mengenakan bayaran untuk meletakkan link blog/web lain pada blognya. Katakan page rank blog anda adalah 7,dan ada blog lain ingin meletakkan link blognya sebagai exchange link,tetapi blog itu baru 2 bulan dan page rank 0,maka anda boleh mengenakan kadar sewa mengikut suka hati anda lah untuk meletakkan link blog si polan itu.
moeny from pagerank


Err,apa guna page ranking dan exchange link ini? Page ranking yang tinggi menunjukkan yang sesebuah web itu mendapat traffic yang tinggi dan popular di search engine. Manakala link exchange adalah untuk meningkatkan backlink url blog anda. Semakin banyak backlink [ link blog anda di web orang lain ] maka semakin mudah untuk sesebuah blog di search oleh search engine. Ini bermakna,blog anda akan berada di kedudukan teratas dalam enjin pencari seperti Google,Yahoo,Bing dan Live contohnya.
Anda memang mempunyai idea yang mencurah-curah? Gaya penulisan anda memang umpphhh? Mampu memberi kepuasan kepada para pembaca? Ya,setiap dari kita mempunyai gaya penulisan yang tersendiri dan itu yang membezakan seseorang bloggers dengan bloggers yang lain. Penulisan anda memang sungguh kreatif dan mempunyai tarikan yang tersendiri. Maka,dengan penulisan anda,boleh ajar buat novel online,cerita bersiri,mahupun apa sahaja tentang penulisan. Buat satu membership site yang ekslusif untuk ahli premium sahaja dapat membaca penulisan kreatif anda itu. Nah,anda mendapat income dengan kadar pembayaran untuk membership site blog anda. Mudah tetapi sukar untuk dicapai.
penulisan kreatif untuk wang


Anda memang seorang yang suka menulis aka menaip? Apa kata menjadi seorang freelance untuk menulis artikel. Satu artikel yang anda karang boleh ajer dijual pada harga yang berpatutan. Err,bagaimana nak jual? opss...caranya mudah dan flexible. Hubungi pemilik blog yang anda lihat jarang untuk mengupdate blognya. Hubunginya dan beritahu hasrat anda yang mahu menulis artikel untk blog itu. Apa?? Tak diterima!?? Blog di internet ini ada berjuta-juta. Pasti ada rezeki untuk awak. Teruskan usaha.
Melalui idea anda juga,anda boleh menjual idea untuk pengguna internet yang lain. Idea anda itu diformatkan ke dalam bentuk pdf atau dalam bahasa lain menjadi ebook. Dan melalui ebook,ramai Internet Marketers dalam negara mencapai income 6 angka dalam masa kurang dari 30 hari! Maklumat dan info dalam fikiran anda itu sebenarnya amat-amat bernilai. Cuma anda yang perlu sedar akan potensinya dan yang paling penting,bertindak!
Kaedah menjana wang melalui blogging untuk point yang terakhir adalah dengan menawarkan khidmat melalui blog anda.Katakan anda pandai dalam interior design,boleh ajer menyatakan khidmat anda di blog,saya pasti,anda akan mendapat pelanggan dengan mudah. Selain itu,servis seperti mereka laman web,mengedit script,install software,designer dan sebagainya menjanjikan pulangan yang berbaloi,asalkan anda serius untuk buat duit melalui blog.

excellent service


Selain itu,anda juga boleh memanipulasikan blog anda untuk memasarkan servis orang lain, anda hanya ambil untung atas angin. Hehe..rahsianya? Katakan anda tinggal di Jitra,dekat dengan dR Rozmey punya kilang,jualkan produk itu di blog anda tetapi ambil untung atas caj wang pos. Kan untung tu...

Baiklah,itu adalah 6 teknik bagaimana blog mampu memberi pulangan yang lumayan untuk pemiliknya.Sekiranya anda masih beralasan untuk tidak memiliki blog anda sendiri,anda sebenarnya yang rugi. Mengapa saya berkata demikian?

Dengan menyebarkan ilmu melalui blog juga akan meningkatkan saham akhirat kita. Katakan 100 orang mengamalkan teknik dan ilmu yang anda ajar diblog anda,maka amal jariah anda sudah bertambah. 3 amalan yang tidak akan putus pahalanya sehingga ke kubur adalah:

1-Ilmu yang diamalkan oleh pelajar si mati
2-Sedekah jariah oleh si mati
3-Anak soleh yang mendoakan si mati

Jika anda masih beralasan,tidak mengapa,semoga anda selesa dengan kehidupan anda sekarang. Bukankah sharing is caring?? Moga dengan penyampaian artikel saya,anda akan beroleh manfaat darinya.

p/s : artikel asal kepunyaan web www.iluvislam.com

Wednesday, June 23, 2010

GAMBAR HARI INI




Bukan sebarang gambar kali ini.

Promosi Habiskan Stok ..... RM23 sahaja.

Layari WEB Imanz Collection

Friday, June 04, 2010

Kepentingan Website Sendiri dalam Perniagaan Internet

 

Ramai diantara kita yang telah pun mencuba berbagai-bagai jenis perniagaan online, tetapi mereka telah mencuba bertahun tahun lamanya tetapi masih juga gagal.

Apakah punca kegagalan tersebut? Ramai yang menyalahkan perniagaan tersebut dan beranggapan ianya kurang sesuai, sama seperti saya satu ketika dulu. Sering bertukar-tukar bisnes untuk berjaya didalam dunia internet marketing.

Tetapi setelah mengkaji menggunakan konsep 7 habits highly effectif people, Dr Stephen R Covey, saya mula menyenaraikan nama nama orang yang hebat didalam dunia merketing. Saya mengkaji lebih kurang 10 nama orang yang hebat termasuk Robert Kiyosaki, Tissa, tim sibert dan berbagai lagi nama yang hebat.

Mengapa orang hebat ini menjadi hebat?

Cara mudah untuk mengkaji kehebatan mereka adalah dengan memerhatikan kesamaan mereka. Pada akhir kajian saya, saya dapati mereka ini mempunyai 3 sifat yang sama dan menguasainya.

3 Sifat Internet Marketer yang berkesan.

1. Mereka tahu membuat website mereka sendiri.

2. Mereka mempunyai autoresponder dan mahir menggunakan email kempen.

3. Mereka menggunakan konsep PERCUMA untuk marketing mereka.

Waktu saya didalam kegelapan didalam dunia internet, sering mencuba dan sering gagal. Saya berhenti sejenak. Dimana silapnya cara saya. Sudah berbagai produk dan program saya sertai dan cuba jual secara online tetapi tak pernah berjaya, duit pun habis, cari downline tak pernah nak dapat, akhirnya berbalik juga buat bisnes secara offline. Ada lah untung sedikit, tetapi apa bila dikira pula masa yang habis, duit yang habis pergi meeting sana sini, memang tak berbaloi.

Penat !!! Buat bisnes offline.

_______________________________________________

Bila saya bertapa dan mengkaji 3 sifat IM yang berkesan ini,  baru saya sedar yang saya selama ini telah mengikuti formula yang salah. Saya mula belajar membina website, saya mula belajar menggunakan autoresponder sendiri, belajar menulis email kempen sendiri, belajar buat website percuma sendiri dan mula sebarkan di dalam beberapa yahoo group.

Sekian lama saya menimba ilmu, beli ebook sana sini dan praktikkannya. Ilmu yang saya mungkin tidaklah banyak tapi boleh la dikongsi sesama sahabat yang baru menceburkan diri dalam dunia IM ini. Saya pasti hasilnya pasti memuaskan.

Saya ingin bersama anda mencipta kejayaan disaat duit akan datang  sendiri kelak. Ketika itu kita sudah tidak boleh mengelak lagi, kita terpaksa ambil duit dari internet walaupun kita buat-buat sudah tidak mahu lagi. Kita makan, duit masuk, kita tidur duit masuk, kita ke tandas, duit masuk, kita bercuti duit masuk, kita tak buat kerja pun duit masuk. Waktu itu barulah kita tahu bahawa itulah hasilnya penat lelahusaha yang telah dilakukan. Ungkapan ini mungkin selalu sangat anda dengar tapi inilah hakikat perniagaan internet.

Untuk belajar membuat website anda perlukan webhosting, tanpa webhosting tiada website, webhosting adalah tempat untuk menyiarkan website anda kepada umum, kalau tiada webhosting website anda tidak akan masuk kedalam internet.

Webhosting company tumbuh macam cendawan selepas hujan, dan salah satunya adalah GDI, dan saya memilih GDI kerana program affiliatenya yang menawarkan bonus lumayan.

Jadi sambil belajar buat website dan memerlukan webhosting, sambil2 tu boleh promote affiliate GDI, kalau ada orang join dapat jugak hasil. Tetapi kalau tiada affiliate pun saya MESTI menyewa tapak webhosting kalau tidak website saya tak masuk dalam internet.

Jadi saranan saya kepada semua, jika anda benar2 ingin menjana pendapatan melalui internet..

belajar buat website sendiri,
belajar buat website sendiri,

ini  juga yang dipesan oleh tok guru saya, saya sampaikan balik pada anda...

Dengan itu barulah anda mendapat kunci pertama untuk berjaya dalam bisnes online.

Jika tidak anda hanya akan jadi pengikut setiap masa. Mungkin anda fikif buat apa susah-susah nak buat website, promosikan sahaja la website  yang disediakan oleh compeni atau penganjur (website replicate).

Jika ini yang anda fikirkan, Anda kerugian yang sangat besar malah menguntungkan pihak penganjur.

Anda tidak mempunyai list pelawat kerana list pelawat akan masuk ke database

penganjur sedangkan list pelawat ini lah yang bakal memberikan anda wang untuk jangka masa panjang.. Percaya atau tidak anda akan gagal 99.99%.

Harus Difahami bahawa saya tawarkan sistem dan website saya. Anda edit dan jadikannya website anda di tapak hosting anda sendiri, dengan nama domain anda sendiri. Mailing List (melaui borang web form) pun akan masuk ke akaun anda sendiri.. ia sama sekali berbeza dengan sistem website replicate tau..
 
Oleh itu saya akan sentiasa ulang-ulang perkataan ini...iaitu BUAT WEBSITE ANDA SENDIRI!.

Saya akan rajin mengulangi perkataan ini kerana perkataan inilah yang bakal membezakan antara anda dan pengusaha internet yang lain..

Akhir sekali, dapatkan panduan buat web sendiri secara percuma di http://buatwebsendiri.awiniaga.com

Tuesday, May 11, 2010

MUDAHKAN TUGASAN ANDA......

Adakah anda salah seorang dari kategori di bawah ?

• Perseorangan


• Usahawan,

• Syarikat dan IKS

• Komuniti

• Syarikat MLM

• Agensi Insurans/Takaful

• Kedai makan/roti/kek

• Pusat-pusat servis

• Pusat-pusat jualan

• Stesen Minyak

• Agensi kerajaan

• Sekolah /PIBG

• Persatuan dan NGO

• Kolej/university

• Ahli politik-YB dan sebagainya

• Persatuan Penduduk / Mesjid dll

• Kafe Siber

• Kedai Handphone & Aksesori

• DAN PELBAGAI LAGI
 
Jika ada, saya syorkan anda miliki perisian yang akan memudahkan kerja-kerja anda....
 
Layari : http://bit.ly/mudahsaja
 

Thursday, May 06, 2010

Perutusan Pengerusi Aqsa Syarif (Mei 2010)



Tiada yang layak mendapat setinggi pujian melainkan Allah S.W.T. Kasih dan sayang kita kepada Allah menyebabkan kita memilih untuk mengikut syariat Nabi Mohammad S.A.W. Lantaran itu kita sentiasa mendoakan baginda, ahli keluarga baginda. Sahabat baginda dan pengikut baginda sehingga hari kiamat.



Kezaliman Yahudi masih berterusan. Mereka melepaskan gas beracun ke terowong-terowong penyelamat, satu tindakan yang langsung tidak boleh diterima akal yang waras. Apakah mereka mengaanggap saudara-saudara kita bagaikan tikus atau lipas yang layak untuk diperlakukan dengan sebegitu hina?



Namun bila merenung ayat yang saya percaya ramai yang telah menghafaznya, kita menereima hakikat semulajadi Yahudi. Allah telah menghukum mereka sedemikian rupa

“Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitan itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan Sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh Dengan melampau” ( ayat 4 surah al-Isra’)

Percayalah kezaliman yang mereka lakukan tidak berhenti setakat itu sahaja. Mereka akan bertindak lebih biadap apabila mereka semakin terdesak.



Allah telah mengatur percaturan hidup dengan penuh hikmah dan sebegitu seni. Surah al-Mulk yang menjadi wirid kita setiap malam, mengingatkan kehidupan ini bagaikan pentas ujian, siapakah yang paling elok amalannya di dunia ini.



Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat); (ayat 2 surah al-Mulk)



Rupa-rupanya kita dan saudara kita masyarakat Palestin sama-sama sedang diuji. Mereka diuji dengan kepayahan berhadapan dengan Yahudi. Kita pula diuji, sama ada untuk membantu atau memerhatikan sahaja, Atau lebih buruk untuk tidak mengambil tahu atau mengambi peduli.



Bayangkan suasana di Gaza yang sedang terkepung itu. Pada bila-bila masa boleh berlaku serangan dan letupan bom atau peluru berpandu. Disamping itu mereka juga terdedah kepada senjata pemusnah besar-besaran dan senjata yang diharamkan termasuk fosforus puteh yang amat mengazabkan bagi mangsa-mangsanya. Bayangkan apa yang tergambar dalam fikiran seorang kanak-kanak Palestin tentang masa depan mereka. Bandingkan pula dengan seorang kanak-kanak Malaysia yang gagal atau kecundang bukan kerana kepayahan hidup, tetapi kerana letih akibat kekenyangan.



Kedua-duanya masyarakat Malaysia mahupun masyarakat Palestin sedang diuji. Ketika saya ke perkhemahan Palestin samada di Jordan atau di Lubnan, saya melihat bangunan yang sempit dan berselirat dengan saluran air dan eletrik yang amat membahayakan keselamatan penghuni-penghuniny a. Saya, isteri dan sahabat-sahabat dari Yaman yang berada di sana sesak nafas kerana kekurangan oksijen. Bayangkan hampir 60 tahun mereka hidup dan anak-anak mereka dibesarkan dalam suasana begitu.



Di perkhemahan Palestin, selepasa mereka hidup penuh sengsara semata-mata untuk ‘survive’ dan membesarkan anak-anak sehingga tamat pengajian di mana-mana university di dalam atau di luar Lubnan, ketahuilah mereka kemudiannya menghadapi pula larangan untuk menjawat 70 jenis pekerjaan di Lubnan.



Atas alasan kepentingan rakyat Lubnan, kerajaan Lubnan melarang warga Palestin untuk bekerja sebagai, doktor, jurutera, peguam dan 63 pekerjaan lainnya. Mereka tidak boleh memiliki tanah dan bangunan, tidak boleh memiliki syarikat perniagaan. Mereka tidak dibenarkan berkahwin dengan penduduk setempat. Kalau curi-curi berkahwin juga, anak-anak mereka tidak berhak untuk mewarisi harta peninggalan.



Namun bangsa yang diuji Allah ini tahan lasak. Bila bertemu dan ditanyakan mereka dari mana? Mereka dengan penuh rasa kemuliaan mengatakan “saya warga paletin” yang tinggal samada di Lubnan atau Jordan atau Syria.



Saya tidak berhasrat untuk mengulas kejahatan Yahudi, kerana itulah sifat dan perangai semulajadi mereka seperti yang ditegaskan oleh al-Quran. AQSA SYARIF lebih berminat untuk membentang agenda amal kepada warga Malaysia supaya mereka melepasi ujian membantu saudara mereka dari warga Palestin.



Harta dan rezeki atau gaji yang Allah berikan setiap bulan kepada kita, sebenarnya ada hak mereka didalamnya. AQSA SYARIF membuka peluang untuk membantu anak-anak yatim dan keluarga miskin dari kalangan warga Palestin. Hari ini AQSA SYARIF mencapai sasaran 100 penajaan anak-anak yatim dari Palestin. Tahniah kepada warga Malaysia yang pemurah. Ini memberikan dorongan kepada AQSA SYARIF untuk terus membuka ruang amal bagi menetapkan sasaran berikutnya iaitu 200 anak yatim lagi.



Teruskan kempen kepada sesiapa sahaja yang anda temui untuk membantu anak-anak yatim yang merupakan masa depan bumi Palestin, Mereka hilang tempat pergantungan , hilang ayah untuk menjalani kehidupan penuh pancaroba di bawah penindasan dan kezaliman Yahudi Zionis..



Perancangan seterusnya ialah AQSA SYARIF sedang membuka projek menampung keluarga miskin di Palestin. Keluarga miskin ini ditinggalkan oleh suami atau ayah yang direnggut dari keluarga mereka oleh egim Zionis Israel dan dipenjarakan sehingga bertahun-tahun lamanya. Bahkan ada yang dijatuhkan hukuman penjara sehingga ratusan tahun. Akibatnya keluarga mereka terbiar tanpa pembelaan. Tanpa bantuan dan sokongan rakyat Malaysia, perjuangan mempertahankan Masjidil Aqsa dan bumi Palestin yang diterajui oleh rakyat Palestin yang kini menderita akan terjejas. Oleh kerana itu seruan untuk membantu anak yatim dan keluarga miskin ini adalah seruan jihad yang tidak boleh diabaikan oleh umat Islam yang sedar tanggungjawab mereka untuk membela Masjid al-Aqsa dan membebaskan bumi suci Baitul Maqdis.



Aqsa Syarif membuka peluang ini kepada semua dengan sumbangan serendah USD10 untuk sekurang-kurangnya sebulan, untuk satu unit sesaham sumbangan bagi memenuhi satu lot sumbangan buat keluarga miskin yang memerlukan dari USD500 sehingga USD800 bagi menjalani kehidupan yang serba sederhana. Jumlah sebanyak hanya USD10 sebulan adalah amat rendah. Dengan cara berpakat dan berkongsi menaja sebuah keluarga miskin kita boleh menebus ketidakhdiran kita di sana untuk membantu mereka.



AQSA SYARIF membuka peluang ini kepada anda. Hebahkanlah kepada semua demi Masjidil Aqsa dan demi saudara kita di Palestin. AQSA SYARIF berpegang teguh dengan prinsipnya “satu ringgit yang disumbangkankan satu ringgit akan sampai ke Palestin”



Wassalam

Ust. Hasanuddin Mohd Yunus

Pengerusi

Aqsa Syarif Berhad

Thursday, March 18, 2010

Gambar Hari Ini

Thursday, March 04, 2010

Perkembangan Terkini !

Salam,

Entah la apa yang saya sibuk sangat akhir ini, nak update seminggu sekali pun susah blog ni.
Antara perkembangan terbaru :
1) Hari ni adalah hari ketiga saya dalam latihan untuk jadi 'Islamic Financial Advisor' PruBSN.

2) Projek biz jus manggis saya terpaksa digantung sementara kerana faktor teknikal saya sendiri.

3) Setakat hari ini, dah 2 sebutharga besar alatulis dah dihantar. Masih menunggu jawapan dari klien tersebut.

4) Dalam proses penyiapan kertas cadangan pembukaan outlet wholesale peralatan pejabat dan ICT di Ipoh.

Itulah antara perkembangan terkini perniagaan saya.

Gambar hari INI :