Related Posts with Thumbnails

Friday, March 06, 2009

Aku dan Penulisan

Dah lama tak menulis, tetiba je rasa nak mencoret sesuatu. Mungkin sebagai titik permulaan untuk aktif menulis.

Melihat penulisan pelbagai blog, masing-masing dengan gaya penulisan yang tersendiri dan paling selesa bagi si blogger. Kekadang terfikir juga, apa bentuk penulisan yang paling pembaca minat? Apakah perlu ikut citarasa pembaca atau ikut citarasa penulis?

Dunia penulisan amat luas terbentang. Ada orang kata, tulislah sesuatu, ia akan jadi sejarah. Mungkin ada benarnya. Apa sahaja yang ditulis mungkin boleh jadi rujukan pada masa hadapan. Mungkin sesuatu catatan biasa pada pandangan kita, tapi karya agung pada masa depan. Tak mustahil! Jadi, tulis je la.....hehehe...

1 komen:

Anonymous said...

Tulis dari ilham dan gaya sendiri lebih baik dari ciplak karya orang lain.

Benar, tulisan di blog akan menjadi pusaka yang berharga buat generasi akan datang, kiranya mereka mengetahui.