Related Posts with Thumbnails

Wednesday, September 02, 2009

Apabila Ramadan Menjelma



Apabila Ramadan menjelma
Gastrik pun datang sama
Alasan kuat tak boleh puasa
Walaupun sebulan tapi tak kuasa
Yang kaya berpuasa diluar negara
Boleh makan tak ada penguatkuasa
Tradisi setengah pembesar negara
Mereka lupa Allah ada di mana-mana

Apabila Ramadan menjelma
Pasar Ramadan jadi tarikan semua
Boleh lihat kueh dan juadah berbuka
Semua kueh dan lauk sedap belaka
Seri muka karipap dan buah melaka
Ayam percik sambal udang gulai biji nangka
Semua sedap tapi pembaziran yang nyata
Mereka lupa pesan Allah taala

Apabila Ramadan menjelma
Yang sunah pula jadi utama
Yang wajib buat-buat alpa
Solat taraweh rajin ke musola
Solat subuh jemaah malas la
Mereka lupa ganjaran Allah taala

Apabila Ramadan menjelma
Sepatutnya kurang berbelanja
Lebih banyak infaq harta benda
Pasar Ramadan last agenda
Sebab bila kita asyik ke sana
Banyak benda kena jaga
Nafsu selera dan juga mata
Cucur badak dan cucur keria
Jangan lupa pesan Allahtaala

Keris Silau
(di petang Ramadan menunggu berbuka)
5 Ramadan/26 Ogos 2009

0 komen: