Related Posts with Thumbnails

Tuesday, June 21, 2005

Amalan Menguatkan Ingatan

Jawapan kepada soalan ini dijawab oleh Sheikh
Muhammad Saleh Al-Munajjid, seorang ulamak, pensyarah
dan penulis daripada Arab Saudi seperti yang dipetik
daripada IslamOnline.net

Soalan: Apakah amalan untuk menguatkan ingatan
mengikut Al-Quran dan Sunnah
Jawapan: Sifat lupa ialah sesuatu yang semulajadi
dalam diri manusia, lantaran itu manusia di sebut
Insan, sebab sifat pelupa ini. Selalunya, ia berbeza
antara seseorang dengan seseorang yang lain mengikut
perbezaan dalam kekuatan memori yang telah diciptakan
Allah untuk hambanya.

Pepatah Arab menyebut:
Dia dipanggil manusia (insan) sebab kelupaannya
(nisiyan)
Ia dipanggil hati (al-qalb) sebab ia cepat berubah
(yataqallab)

Sifat pelupa ialah sesuatu yang berbeza tahapnya
antara individu dengan individu yang lain. Antara cara
untuk mengatasinya ialah:

1. Jauhi daripada dosa
Dosa membawa kesan yang buruk kepada ingatan/memori
dan kemampuan untuk mengingati ilmu. Kehitaman dosa
tidak dapat wujud sekali dengan kecerahan ilmu.
Perkataan berikut diambil daripada Imam Syafie:
"Saya mengadu kepada guru saya, Wakee' mengenai
masalah ingatan saya. Dia memberitahu agar menjauhi
daripada dosa dan maksiat. Dia berkata: Ilmu Allah
adalah cahaya, dan cahaya tidak diberikan Allah kepada
pendosa."

Al-Khateeb menulis dalam Al-Jamie yang Yahya Ibn Yahya
berkata: "Seorang lelaki bertanya kepada Malik bin
Anas; Wahai Abu Abdullah, apakah yang dapat
memperbaiki ingatan saya?. Malik berkata: "Sekiranya
ada yang dapat memperbaikinya, maka ia adalah
menjauhkan diri daripada dosa".

Apabila seseorang membuat satu dosa, ia akan
menenggelamkan pelakunya dalam perasaan bimbang dan
bersalah, dan ini akan membuatnya sentiasa sibuk
memikirkan akan perbuatannya itu. Ini akan menariknya
daripada banyak perkara-perkara berfaedah, termasuk
mencari ilmu dan pengetahuan.



2. Selalulah mengingati Allah dengan berzikir dan
membaca Al-Quran. Allah berfirman "Dan ingatilah Tuhan
mu (Allah) ketika kamu terlupa" (Al-Kahf: 24)

3. Tidak makan terlalu banyak
Kerana makan terlalu banyak akan membuatkan seseorang
mengantuk dan malas selain menambahkan penyakit.
Kebanyakan daripada penyakit datang daripada makanan
dan minuman.

4. Makan kismis dan madu
Sesetengah ulama menyebut beberapa jenis makanan yang
dapat menambahkan ingatan seperti madu lebah dan
kismis.
Imama Az-Zuhri menyebut "Kamu patut mengambil madu
sebab ia baik untuk memori.....Barangsiapa ingin
menghafal hadith, ia patut memakan kismis"

Ada juga yang menyebut, mengambil banyak makanan yang
berasid adalah penyebab kepada kemalasan dan lemah
ingatan.

Sumber: Massej Online

0 komen: